Rabu, 26 September 2012

Ibadah Quran 2012 bersama PBS

Syawal telah berakhir, kini jelangnya Dzhulhijjah. Musim haji telah tiba dan tempahan untuk ibadah Qurban telah bermula. Kepada yang berhajat untuk menunaikan ibadah Qurban, Persatuan Bawean Singapura (PBS) sedia mengurusinya. Sila hubungi Encik Haji Asmawi di talian 97845011 untuk membuat tempahan anda.

Selasa, 18 September 2012

Berlalu Sudah Karameiyan


Alhamdulillah, pementasan "Karameiyan" anjuran Persatuan Bawean Singapura (PBS) telah berjalan dengan lancar dan jayanya sebagaimana yang telah dijadualkan pada 15hb September 2012. Persembahan drama dan budaya Bawean ini adalah sebahagian daripada usaha PBS untuk melestarikan dan memajukan warisan budaya dan bahasa Bawean, khususnya di kalangan masyarakat keturunan Bawean Singapura generasi muda hari ini.



Di catatan ini, Presiden PBS dan seluroh anggota jawatankuasanya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para hadirin yang sudi meluangkan masa untuk menyaksikan pementasan ini. Di ruang ini juga, Presiden PBS dan anggota jawatankuasanya merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pementasan ini. Sekian terima kasih hingga bertemu kembali di projek lain anjuran PBS.


Kenangan di hari pementasan 'Karameiyan"











Khamis, 13 September 2012

Karameiyan di penghujung Syawal

Di penghujung Syawal,"Karameiyan" akan dipersembahkan oleh anak-anak seni dari Pulau Bawean. Kesemuanya 37 pelakon, penyanyi dan penari telah tiba di Singapura. Hanya menantikan hari persembahan. Marilah bersama kami menjayakan pementasan anjuran Persatuan Bawean Singapura ini. Dapatkan tiket-tiket anda..........
 
 


Kegiatan Ramadhan 2012

Ramadhan berakhir Syawal menjelang dan kini kami di perhujungan Syawal. Berikut adalah foto-foto yang dipetik ketika di bulan Ramadhan tahun 2012.




 
 

 

Isnin, 16 Julai 2012

Balik Kampung: Pulau Bawean 2012

Alhamdulillah, wisata ke Pulau Bawean bersama Persatuan Bawean Singapura (PBS) pada tahun ini telah dilaksanakan seperti yang telah diaturkan. Berikut adalah foto rombongan yang telah dipetik semasa berada di Pulau Bawean.

Foto sumbangan AJK Hadari Asat 

Foto sumbangan AJK Haji Asmawi Majid

Ahad, 15 Julai 2012

Forum Kesihatan Mental

Alhamdulillah, Forum Kesihatan Mental anjuran Persatuan Bawean Singapura (PBS) bersama Jawatankuasa Kegiatan Melayu Tampines East yang diadakan pada hari Sabtu, 7hb Julai 2012 di Tampines East Community Club telah berjalan dengan lancar. Berikut adalah di antara foto-foto yang dipetik pada hari tersebut.



Sabtu, 14 Julai 2012

Jom Shopping Raya

Satu lagi kegiatan anjuran Persatuan Bawean Singapura (PBS).....

Khamis, 12 Julai 2012

E-Flyer 13 Julai 2012 -"Perjumpaan: Riwayat Hidup Kampung Gelam-Rochor-Kallang"


Baru-baru ini, ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Bawean Singapura (PBS) telah menerima berita berkenaan satu perjumpaan yang akan berlangsung di Auditorium Masjid Sultan pada hari esok, Jumaat, 13hb Julai 2012, jam 8.00 malam hingga 10.00 malam.
 
Pertemuan ini diadakan oleh Dr Imran Tajudeen dan Saudara Daeng Farhan serta beberapa anggota masyarakat yang perihatin tentang warisan masyarakat Melayu Nusantara. Ianya merupakan usaha awal untuk mengumpulkan warisan sejarah masyarakat Melayu Nusantara yang pernah memainkan peranan sosial dan ekonomi di persekitaran kawasan Kampung Gelam.
 
Dr Imran Tajudeen pernah bertemu dengan Encik Haji Morni, salah seorang dari ahli jawatankuasa PBS, pada 31hb Mei 2012. Mereka berkongsi maklumat berkenaan Masyarakat Bawean secara umum dan juga berkenaan Masjid Bawean di Weld Road.
 
Menurut Encik Haji Morni, masyarakat Bawean, seperti juga masyarakat Banjar, Bugis, Jawa dan Minangkabau pernah bermastautin di persekitaran Kampung Gelam.  Beliau juga menerangkan bahawa di dalam buku Allahyarham Haji Ridzwan Dzafir, -From Pondok Boy to Singapore's "Mr ASEAN",  Allahyarham ada menyebut Pondok Sungei Topo yang terletak di Jalan Klapa. Menurut beliau lagi, Allahyarham ada juga menyebut Pondok Sangkapura dan Pondok Daun yang terletak di kawasan Kampung Gelam.
 
Encik Haji Morni juga menerangkan bahawa selain dari pondok-pondok tersebut ada beberapa buah pondok lain yang terdapat di kawasan Minto Road dan Tekka. Menurut beliau masyarakat Bawean turut memainkan peranan menyemarakan dakwah Islam dengan membangunkan Masjid Bawean di Weld Road.
 
Kepada masyarakat Bawean Singapura yang memiliki maklumat berkaitan warisan yang disebut di atas, di harap anda dapat turut serta dalam pertemuan ini dan berkongsi maklumat dalam usaha mengumpul sejarah warisan masyarakat Melayu Nusantara. Sekian, terima kasih.
Ringkasan Sejarah Gelam-Rochor-Kallang

PERJUMPAAN 13 Julai 2012 – Kampung Gelam-Rochor-Kallang

Selasa, 3 Julai 2012

Sambutan "PBS Fun Bowling Tournament 2012"

Alhamdulillah, acara bowling anjuran Persatuan Bawean Singapura (PBS) yang diadakan pada hari Ahad, 1hb Julai 2012 telah mendapat sambutan yang meriah dan berjalan dengan baik. Foto-foto berikut adalah di antara gambar-gambar yang telah dipetik pada hari tersebut.
Para AJK PBS yang bertugas pada hari acara bowling
(Sumbangan foto - AJK PBS Puan Nurul Sa'adah)
Juara Kategori Lelaki - Encik Jumaat
(Sumbangan foto - AJK PBS Tuan Haji Asmawi)
Juara Kategori Wanita - Puan Siti Salha
(Sumbangan foto - AJK PBS Tuan Haji Asmawi)
Juara Kategori Junior - Adik Irfan
(Sumbangan foto - AJK PBS Tuan Haji Asmawi)
Para perserta "PBS Fun Bowling Tournament 2012"
(Sumbangan foto - AJK PBS Puan Nurul Sa'adah)

Isnin, 2 Julai 2012

Lawatan Silaturrahim Persatuan Bawean Kinta

Pada hari Sabtu, 30hb Jun 2012, kehadiran Persatuan Bawean Kinta di kota Singa ini telah disambut baik oleh President Persatuan Bawean Singapura (PBS) dan ahli-ahli jawatankuasa PBS. Rombongan seramai dua puloh orang dari Perak ini telah dijamu di Rumah Makan Minang dan saling berkenalan mesra dengan ahli-ahli jawatankuasa PBS. Mereka juga telah dibawa melawat ketempat-tempat perlancongan di Singapura.

Lawatan Silaturrahim 2012 Persatuan Bawean Kinta - Rumah Makan Minang
(Sumbangan Foto - AJK PBS Puan Rusmah Lamri)

Lawatan Silaturrahim 2012 Persatuan Bawean Kinta - Masjid Sultan
(Sumbangan Foto - AJK PBS Puan Rusmah Lamri)

Lawatan Silaturrahim 2012 Persatuan Bawean Kinta - Singapore Water Front
(Sumbangan Foto - AJK PBS Puan Rusmah Lamri)

Jumaat, 29 Jun 2012

Forum Kesihatan PBS 2012

Persatuan Bawean Singapura (PBS) bersama Jawatankuasa Kegiatan Melayu Tampines East akan mengadakan Forum Kesihatan Mental pada hari Sabtu, 7hb Julai 2012 bertempat di Tampines East Community Club, jam 2.30 petang hingga 4.00 petang. Pendaftaran adalah percuma. Kepada yang berminat sila hubungi Hajah Rohanah di talian 97908069 untuk membuat pendaftaran.

Sabtu, 9 Jun 2012

Karameiyan pada 15 September 2012


Persatuan Bawean Singapura (PBS) akan menganjurkan sebuah persembahan drama dan budaya Bawean berjudul "Karameiyan" pada hari Sabtu, 15hb September 2012 di Pusat Konvenysen, Politeknik Singapura, jam 2.30 petang. Sila hubungi Saudara Razali di talian 81802341 atau Saudara Asmawi di talian 97845011 untuk mendapatkan tiket-tiket berharga $25 seorang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai persembahan drama dan budaya Bawean ini, sila petik di bawah untuk lungsur ke Cyberita.

"Usaha hidupkan semula drama Bawean di Singapura"
(oleh Saini Salleh - Cyberita)

Rabu, 30 Mei 2012

Acara Bowling PBS 2012


Persatuan Bawean Singapura akan menganjur pertandingan bowling seperti berikut:

Tarikh: 1hb Julai 2012
Waktu: 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Civil Servant Club, Tessensohn Road
Yuran Pendaftaran: $25 seorang
Format pertandingan: 3 permainan (9 pin tap)
Tarikh Tutop: 15hb June 2012

Dapatkan borang penyertaan anda dari AJK PBS. Jika ada pertanyaan sila hubungi atau email Encik Razali di talian: 81802341 atau email: arwana_99@yahoo.com

Selasa, 29 Mei 2012

"An Afternoon of Minangkabau Music and Dance"

(Sumber foto dari album Hadari Asat)

Dalam melestarikan budaya Silaturrahim di antara etnik-etnik masyarakat Melayu/Islam Singapura, Persatuan Bawean Singapura (PBS) telah memberi sokongan terhadap persembahan "An Afternoon of Minangkabau Music and Dance" anjuran Persatuan Minangkabau Singapura dengan menyediakan dua puloh keping tiket untuk ahli-ahli jawatankuasanya. Persembahan ini telah berlangsung pada hari Ahad, 20hb Mei 2012 jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di dewan serbaguna Balai Rakyat Siglap South di Palm Road.

Isnin, 28 Mei 2012

Mari Memanah 2012


Buat pertama kali nya, Persatuan Bawean Singapura (PBS) telah menganjurkan acara Mari Memanah 2012. Kegiatan ini merupakan suatu acara percubaan di PBS. Ianya hanya dibuka kepada ahli keluarga AJK PBS sebagai suatu kegiatan riadah bersama keluarga. Alhamdulillah, acara yang diadakan di Kelab Masyarakat Pek Kio ini pada hari Ahad, 20hb Mei 2012 telah disambut baik dan berlangsung dengan meriah. Acara Mari Memanah ini telah bermula pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Para peserta telah dikenakan bayaran yuran hanya S$3.00 seorang. Seperti di acara-acara yang lain, juadah ringan telah disediakan untuk para peserta.

Ahad, 27 Mei 2012

Ceramah "People Stories: Narratives from Singapore's Nusantara Communities"

Persatuan Bawean Singapura (PBS) telah di undang oleh Taman Warisan Melayu untuk menyertai ceramah yang berjudul "People Stories: Narratives from Singapore's Nusantara Communities" pada hari Jumaat, 18hb Mei 2012 jam 7.30 malam hingga 9.00 malam bertempat di Ngee Ann Auditorium, Asian Civilisation Museum, Empress Place.

(Sumber foto dari Malay Heritage Centre) 

Pemegang anugerah PBS "Bawean Jasawan 2011", Encik Haji Morni Bin Sulaiman, telah mewakili PBS untuk memberi ceramah berkenaan masyarakat Bawean di Singapura. Beliau telah memberi penyampaian yang sangat baik dengan menggunakan "Power Point slides" yang padat dengan butir-butir berkenaan perkembangan masyarakat Bawean Singapura. "Power Point slides" itu telah mendapat perhatian dari ramai para hadirin pada malam tersebut terutama sekali Foto Masjid Bawean Kampong Kapor. Ia telah menarik minat seorang peserta berjawatan "Assistant Professor" dari Jabatan Seni Bena di Universiti Nasional Singapura.

(Sumber foto dari Facebook PBS)

Banyak informasi tentang masyarakat Bawean Singapura telah dapat dikongsi sama pada malam itu. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Haji Morni di atas segala usaha beliau menyampaikan adat budaya masyarakat Bawean di ceramah ini.

Sabtu, 26 Mei 2012

Sambutan Malidur Rasul 2012

(Sumber foto dari Facebook PBS) 

Sambutan Malidur Rasul anjuran Jamiyah pada tahun ini telah diadakan dengan jaya nya di Stadium Bedok pada 28hb April 2012.  Majlis ini bermula pada jam 3 petang. Seperti pada tahun-tahun yang lalu, Persatuan Bawean Singapura (PBS) telah berganding bahu bersama Perguruan Pencak Sendeng Singapura (PPS) di dalam acara ini.

(Sumber foto dari Facebook PBS)

Seramai lapan puloh pesilat PPS di bawah pimpinan Hj Bakri (salah seorang ahli jawatankuasa PBS) telah mewakili PBS di majlis Maulidur Rasul ini. Mereka telah membuat perarakan di Stadium Bedok bersama kumpulan-kumpulan dari badan-badan Islam Singapura yang lain. Mereka juga telah di beri peluang membuat persembahan seni silat di hadapan VIP.

(Sumber foto dari album Haji Bakri Salmat)

Jumaat, 25 Mei 2012

Majlis Perbincangan Jabatan Jabatan Bagi Tahun 2012


Mesyuarat AJK PBS di bulan April 2012 adalah mesyuarat AJK PBS 2012-2014 yang kedua. Ianya telah diminitkan sebagai "Majlis Perbincangan Jabatan Jabatan Bagi Tahun 2012".

Alhamdulillah, majlis yang juga di kenali dengan sebutan "Retreat PBS 2012" ini telah berjalan dengan lancar pada 15hb April 2012 di Kelab Masyarakat Pek Kio, Cambridge Road. Bermula pada jam 2.30 petang, pekara-pekara mengenai jabatan-jabatan di PBS telah dibincangkan. Para AJK PBS 2012-2014 telah ditetapkan jabatan masing-masing untuk mengendali kegiatan-kegiatan PBS pada tahun ini.

Di majlis ini juga, aktiviti-aktiviti PBS pada tahun ini telah dilakarkan. Pelbagai kegiatan telah diketenggahkan seperti kegiatan Memanah (Archery), Bowling, Wisata ke Bawean, Konsert Malam Budaya Bawean. Sejauh ini, kegiatan Acara Memanah 2012 telah pun selesai diadakan. Manakala yang lain sedang giat disiapkan.

Kami di PBS berharap perancangan aktiviti-activiti yang kami usahakan akan mendapat sokongan ramai dan berhasil serta berjalan dengan baik. Insya'Allah.

Jumaat, 11 Mei 2012

Wisata Ke Pulau Bawean 2012

Assalamualaikum kepada para pembaca di ruangan ini. Sudah kah anda ke Pulau Bawean? Kami di Persatuan Bawean Singapura (PBS) dengan kerjasama Smailing Tours dan Orange Travels akan mengadakan Wisata ke Pulau Bawean pada tarikh-tarikh berikut:

Smailing Tours
3hb Jun 2012, hari Sabtu hingga 8hb Jun 2012, Jumaat
(6 hari 5 malam)
Harga Penyertaan: S$840 seorang

(Sila petik di atas untuk butir-butir lanjut)


Orange Travels
15hb Jun 2012, hari Jumaat hingga 21hb Jun 2012, Khamis
(7 hari 6 malam)
Harga Peryertaan: S$899 seorang

(Sila petik di atas untuk butir-butir lanjut)

Sila rujuk pada 'itinerary' yang disertakan. Tempat terhad. Tarikh Tutup 14hb May 2012. Yang dahulu didahulukan. Kepada yang berminat untuk bersama-sama kami berwisata ke Pulau Bawean, sila email kepada Haji Asmawi atau menghubungi beliau di talian 97845011. Sekian, Terima Kasih.