Selasa, 24 Januari 2012

Pengumuman Perjumpaan FB PBS 2012

Salam hormat kepada semua para pembaca di ruang ini. Sekali lagi Persatuan Bawean Singapura (PBS) akan mengadakan majlis "Perjumpaan FB PBS" yang kedua pada hari Sabtu ini, 28hb Januari, 2012, jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. AJK PBS, Saudara Mohamad Yusri telah membuat pengumuman di FB PBS pada 6hb Januari, 2012, berkenaan perjumpaan ini dan telah menjemput para ahli FB PBS untuk bersama-sama menghadiri majlis ini. Kami di PBS berharap para pembaca di halaman kami ini terutama sekali ahli-ahli PBS dan anak-anak keturunan Bawean Singapura dapat meluangkan masa bersama-sama kami menjayakan majlis perjumpaan ini yang bertujuan untuk memperkenalkan PBS dengan lebih dekat lagi.


Marilah bersama-sama ke Fengshan Community Club/Centre, 20 Bedok North Street 2, untuk berkenalan dengan AJK PBS dan menjayakan majlis ''Perjumpaan FB PBS" ini. Muga-muga dengan perjumpaan ini para hadirin dapat mengenal PBS serta ahli jawatankuasanya dengan lebih dekat. Mudah-mudahan juga dengan perjumpaan ini, para hadirin bersedia tampil kehadapan untuk menjadi ahli PBS serta AJK dan membantu PBS melakarkan program-program serta visi bagi mempertabatkan dan melestarikan adat budaya warisan Bawean Singapura. Semuga dengan penampilan anda semua kami bersama-sama dapat memajukan PBS kehadapan mengikut aliran masa selaras dengan visi dan misi nya.

Aturcara majlis "Perjumpaan FB PBS" pada tahun ini adalah seperti berikut:

1.30 petang -Pendaftaran ketibaan para peserta serta makan tengah-hari sambil berkenalan.
2.30 petang -Pembukaan Majlis
2.35 petang -Ucapan Presiden, Haji Faizal Wahyuni
2.45 petang -Persembahan Karaoke Bawean
3.00 petang -Penyamaian Activities 2012 PBS
3.15 petang -Sesi dialog peserta-perserta Facebook
4.45 petang -Q&A
5.30 petang -Tamat acara

Selasa, 17 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamu'alaikum untuk semua para pembaca di halaman blog ini terutama sekali ahli-ahli Persatuan Bawean Singapura. Semuga anda semua berada di dalam keadaan sihat wal'afiat dan ceria selalu. Terlebih dahulu kami, ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Bawean Singapura mengucapkan selamat tahun 2012.

Alhamdullillah dengan segala sokongan yang diberikan kepada persatuan kami ini, kita dapat bertemu kembali di tahun ini. Tahun 2011 telah dilalui dengan penuh cabaran terutama kali semasa mengendali Majlis Penyampaian Anugerah Persatuan Bawean Singapura 2011. Buat pertama kali, seni budaya dari pulau Bawean dan Batam diperkenalkan di Singapura. Kumpulan seni dari kedua-dua pulau ini telah dijemput untuk menjayakan majlis yang sangat bermakna ini. Mereka telah membuat persembahan yang begitu menarik dan unik sekali. Majlis telah berjalan dengan lancar penuh meriah.

Seperti tahun-tahun yang lalu, kegiatan-kegiatan berunsur kekeluargaan, kebajikan dan kemasyarakatan seperti Fun Bowling, Majlis Iftar, Hari Kesihatan telah dikendalikan dengan jayanya. Kegiatan-kegiatan yang selaras dengan visi dan misi Persatuan Bawean Singapura ini telah disambut baik oleh ahli-ahli Persatuan Bawean Singapura dan juga masyarakat umum di Singapura. Kunjungan ke Pulau Bawean dan Batam juga telah dilakukan bagi melestarikan budaya Silaturrahim. Undangan sesi bertemu-ramah dari Kedutaan Indonesia telah juga kami sambut dengan besar hati.

Kami berharap tahun 2012 akan memberi ruang-ruang yang lebih luas untuk kami menerajui persatuan ini dengan baik. Seperti tahun-tahun yang lalu, besar hati kami untuk memperbaiki mutu pentadbiran persatuaan ini dan menjadikan kesilapan-kesilapan silam sebagai suatu pelajaran bagi meningkatkan perkembangan Persatuan Bawean Singapura mengikut peredaran masa. Kami juga berharap kegiatan-kegiatan anjuran persatuan kami ini dapat dimanfa'ati di dalam pelbagai urusan kehidupan masing-masing. Semuga usaha iklas kami dapat sokongan yang lebeh besar dari mana-mana pihak.

Akhirkata kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi melungsur ke halaman kami dan memberi sokongan kepada persatuan ini. Kami juga mohon ma'af jikalau ada kesilapan yang tidak disengajai atau sebarang kecacatan yang ada di pertubuhan kami ini. Begitu juga, jika ada tidak kesempurnaan pada kegiatan-kegiatan anjuran kami dan tidak kepuasan pada penampilan kami, kami mohon ribuan ma'af. Sekian.