Jumaat, 24 Februari 2012

Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan PBS Ke-49


Salam hormat kepada semua yang melungsur ke halaman ini. Di atas adalah maklumat berkenaan Mesyuarat Agung PBS Ke-49 yang akan berlangsung pada hari Ahad ini, 26hb Februari 2012 di Blk 141 Bedok Reservoir Road #01-1529 pada jam 11.00 pagi. Sekali lagi kami dari pihak PBS, mengalu-alukan kehadiran semua ahli-ahli PBS dan juga kepada mereka yang berminat untuk menjadi ahli persatuan kami ini. Sekian, harap maklum. Terima Kasih.

Sabtu, 4 Februari 2012

Pengumuman Mengenai Mesyuarat Agung PBS 2012

Salam hormat kepada semua yang melungsur ke halaman ini. Catatan ini bertujuan untuk membuat pengumuman mengenai Mesyuarat Agung PBS yang akan berlangsung pada hari Ahad, 26hb Februari 2012 bagi pembentukan AJK PBS yang baru. Kami dari pihak PBS, mengalu-alukan kehadiran semua ahli-ahli PBS dan juga kepada mereka yang berminat untuk menjadi ahli persatuan kami ini. Catatan mengandungi butir-butir lanjut mengenai mesyuarat ini akan di buat pada masa yang terdekat. Sekian, harap maklum. Terima Kasih.

Jumaat, 3 Februari 2012

Pertemuan Rakan FB PBS II


Pada hari Sabtu, 28hb Januari 2012, Pertemuan Rakan Facebook Persatuan Bawean Singapura (PBS) telah selamat berlangsung di Fengshan Community Club/Centre. Maklumat mengenai pertemuan ini telah diberitakan di Berita Harian bertarikh 27hb Februari 2012. Tulisan Encik Haji Saini Salleh dari Berita Harian ini juga telah dikhabarkan di Cyberita. Di ruang ini pula, kami bagi pihak PBS mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Haji Saini Salleh yang tidak pernah jemu menyokong PBS dalam rencana-rencana nya di akhbar.

 



Semenjak tahun 2009, laman sosial Facebook PBS (FB PBS) telah menjadi wadah kami di PBS untuk mendekati masyarakat umum dan mewawarkan kegiatan-kegiatan anjuran PBS. Kepada para anggota FB PBS pula, laman ini adalah tempat mereka bertemu dan berkenalan untuk bertukar-tukar pendapat, mengenali budaya masyarakat Bawean dan juga mempelajari bahasa Bawean.



Pada tahun 2010, Pertemuan Rakan Facebook PBS telah pertama kali diadakan dan mendapat sambutan yang memuaskan. Pada tahun ini pula, walaupun tidak serancak yang pertama, ada penampilan muka-muka baru di antara yang hadir serta kemasukkan ahli baru pada hari itu.


Berlainan daripada tahun 2010, pada kali ini PBS mengadakan sessi berinteraksi melalui "Skype" untuk bersama Hajah Junaidah, salah seorang AJK PBS, yang kini menetap di Brunei. Di sesi ini Hajah Junaidah telah berkongsi pengalaman beliau menjadi ahli anggota PBS.



Kehadiran Saudara Sanif Olek pada petang itu untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman beliau dengan para hadirin sangat sangat di hargai. Sesi berinteraksi ini di ikuti dengan hiburan Karaoke daripada peserta Bawean Idol 2.



Akhir kata, kami dari pihak PBS mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang meluangkan masa untuk menghadiri majlis kami ini dan bersama-sama kami menjayakan Pertemuan Rakan Facebook PBS yang kedua.

(Sumber foto: Sumbangan Shidah Raime Chuang, Rohanah Pagi, Mohamad Yusri dari Facebook PBS)