Rabu, 13 April 2011

FUN Bowling PBS 2011



FUN Bowling PBS pada tahun ini telah berjalan sebagaimana yang telah dirancangkan.  Seperti tahun lepas, Tuan Hj Faizal Wahyuni, Presiden PBS kelihatan begitu gembira dengan sambutan FUN Bowling yang berlangsung pada 27hb March 2011 di Kelab Civil Servant, Tenssensohn Road.  Melalui e-mailnya kepada AJK PBS,  beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka serta keluarga masing-masing dan juga teman-teman di atas sokongan dan kehadiran mereka pada hari tersebut.




Tuan Hj Faizal juga telah mengucapkan "SYABAS!" kepada Saudara Razali selaku pengerusi FUN Bowling PBS kerana kejayaannya melaksanakan kegiatan keluarga ini dengan begitu baik dan licin. Kepada semua yang telah mendokong tugas bagi menjayakan Projek Bowling PBS, beliau mengucapkan ribuan terima kasih, terutama sekali kepada Saudara Razali serta isteri, Hjh Rohanah serta keluarga, Hj Asmawi. Saudari Eda dan Hjh Junaidah. Beliau juga telah memberi setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat.




Salah seorang AJK PBS veteran, Tuan Hj Seain  telah membuat kenyataan yang serupa melalui e-mailnya.  Beliau berpendapat bahawa kejayaan satu-satu rancangan itu adalah hasil dari dokongan semua pihak. Menurut beliau selain Saudara Razali serta isteri dan anaknya, amat ketara sekali adalah keluarga Hjh Rohanah yang begitu sibuk menyediakan makanan dan minuman. Tidak ketinggalan juga Presiden PBS sendiri dan Saudara Yusri yang membawa air minuman.  Begitu juga dengan Hj Asmawi yang sibuk menerima bayaran yuran dan mendapatkan ahli-ahli baru. Manakala Cikgu Dolah dan Hjh Junaidah sibuk mengambil gambar sementara Saudari Eda kelihatan cergas membuat  liputan dan pengumuman.  Tuan Hj Seain mengakhiri e-mailnya dengan ucapan terima kasih dan syabas kepada semua yang telah mengorbankan hari Ahad mereka demi untuk PBS.




Sekian lapuran berkenaan FUN Bowling PBS 2011.  Hingga bertemu lagi di tahun hadapan, Insya'Allah.  Ordik PBS! Ordik Bawean!

''Keranamu Ya Rasulallah'' Majlis Maulidur Rasul 2011


PBS telah menyertai perayaan Maulidur Rasul 2011 yang berlangsung di Woodland Stadium, Singapura pada 19hb March 2011.  Kontingen Perguruan Pencak Sendeng Singapura yang diterajui oleh Tuan Hj Bakri Salmat, Guru Utama Perguruan Pencak Sendeng ini yang juga salah seorang AJK PBS, telah mewakili PBS di majlis tersebut. PBS sangat bangga serta berbesar hati atas komitmen beliau dan juga anak-anak silat beliau. Di ruangan ini, PBS mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka dan juga kepada AJK PBS yang lain terutama sekali Tuan Haji Asmawi di atas penglibatan mereka menjayakan majlis ini.  Syabas! Ordik PBS! Ordik Perguruan Pencak Sendeng Singapura! Ordik Bawean!

Tuan Hj Bakri Salmat bersama kontingen dari Perguruan Pencak Sendeng Singapura