Rabu, 30 Mei 2012

Acara Bowling PBS 2012


Persatuan Bawean Singapura akan menganjur pertandingan bowling seperti berikut:

Tarikh: 1hb Julai 2012
Waktu: 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Civil Servant Club, Tessensohn Road
Yuran Pendaftaran: $25 seorang
Format pertandingan: 3 permainan (9 pin tap)
Tarikh Tutop: 15hb June 2012

Dapatkan borang penyertaan anda dari AJK PBS. Jika ada pertanyaan sila hubungi atau email Encik Razali di talian: 81802341 atau email: arwana_99@yahoo.com

Selasa, 29 Mei 2012

"An Afternoon of Minangkabau Music and Dance"

(Sumber foto dari album Hadari Asat)

Dalam melestarikan budaya Silaturrahim di antara etnik-etnik masyarakat Melayu/Islam Singapura, Persatuan Bawean Singapura (PBS) telah memberi sokongan terhadap persembahan "An Afternoon of Minangkabau Music and Dance" anjuran Persatuan Minangkabau Singapura dengan menyediakan dua puloh keping tiket untuk ahli-ahli jawatankuasanya. Persembahan ini telah berlangsung pada hari Ahad, 20hb Mei 2012 jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di dewan serbaguna Balai Rakyat Siglap South di Palm Road.

Isnin, 28 Mei 2012

Mari Memanah 2012


Buat pertama kali nya, Persatuan Bawean Singapura (PBS) telah menganjurkan acara Mari Memanah 2012. Kegiatan ini merupakan suatu acara percubaan di PBS. Ianya hanya dibuka kepada ahli keluarga AJK PBS sebagai suatu kegiatan riadah bersama keluarga. Alhamdulillah, acara yang diadakan di Kelab Masyarakat Pek Kio ini pada hari Ahad, 20hb Mei 2012 telah disambut baik dan berlangsung dengan meriah. Acara Mari Memanah ini telah bermula pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Para peserta telah dikenakan bayaran yuran hanya S$3.00 seorang. Seperti di acara-acara yang lain, juadah ringan telah disediakan untuk para peserta.

Ahad, 27 Mei 2012

Ceramah "People Stories: Narratives from Singapore's Nusantara Communities"

Persatuan Bawean Singapura (PBS) telah di undang oleh Taman Warisan Melayu untuk menyertai ceramah yang berjudul "People Stories: Narratives from Singapore's Nusantara Communities" pada hari Jumaat, 18hb Mei 2012 jam 7.30 malam hingga 9.00 malam bertempat di Ngee Ann Auditorium, Asian Civilisation Museum, Empress Place.

(Sumber foto dari Malay Heritage Centre) 

Pemegang anugerah PBS "Bawean Jasawan 2011", Encik Haji Morni Bin Sulaiman, telah mewakili PBS untuk memberi ceramah berkenaan masyarakat Bawean di Singapura. Beliau telah memberi penyampaian yang sangat baik dengan menggunakan "Power Point slides" yang padat dengan butir-butir berkenaan perkembangan masyarakat Bawean Singapura. "Power Point slides" itu telah mendapat perhatian dari ramai para hadirin pada malam tersebut terutama sekali Foto Masjid Bawean Kampong Kapor. Ia telah menarik minat seorang peserta berjawatan "Assistant Professor" dari Jabatan Seni Bena di Universiti Nasional Singapura.

(Sumber foto dari Facebook PBS)

Banyak informasi tentang masyarakat Bawean Singapura telah dapat dikongsi sama pada malam itu. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Haji Morni di atas segala usaha beliau menyampaikan adat budaya masyarakat Bawean di ceramah ini.

Sabtu, 26 Mei 2012

Sambutan Malidur Rasul 2012

(Sumber foto dari Facebook PBS) 

Sambutan Malidur Rasul anjuran Jamiyah pada tahun ini telah diadakan dengan jaya nya di Stadium Bedok pada 28hb April 2012.  Majlis ini bermula pada jam 3 petang. Seperti pada tahun-tahun yang lalu, Persatuan Bawean Singapura (PBS) telah berganding bahu bersama Perguruan Pencak Sendeng Singapura (PPS) di dalam acara ini.

(Sumber foto dari Facebook PBS)

Seramai lapan puloh pesilat PPS di bawah pimpinan Hj Bakri (salah seorang ahli jawatankuasa PBS) telah mewakili PBS di majlis Maulidur Rasul ini. Mereka telah membuat perarakan di Stadium Bedok bersama kumpulan-kumpulan dari badan-badan Islam Singapura yang lain. Mereka juga telah di beri peluang membuat persembahan seni silat di hadapan VIP.

(Sumber foto dari album Haji Bakri Salmat)

Jumaat, 25 Mei 2012

Majlis Perbincangan Jabatan Jabatan Bagi Tahun 2012


Mesyuarat AJK PBS di bulan April 2012 adalah mesyuarat AJK PBS 2012-2014 yang kedua. Ianya telah diminitkan sebagai "Majlis Perbincangan Jabatan Jabatan Bagi Tahun 2012".

Alhamdulillah, majlis yang juga di kenali dengan sebutan "Retreat PBS 2012" ini telah berjalan dengan lancar pada 15hb April 2012 di Kelab Masyarakat Pek Kio, Cambridge Road. Bermula pada jam 2.30 petang, pekara-pekara mengenai jabatan-jabatan di PBS telah dibincangkan. Para AJK PBS 2012-2014 telah ditetapkan jabatan masing-masing untuk mengendali kegiatan-kegiatan PBS pada tahun ini.

Di majlis ini juga, aktiviti-aktiviti PBS pada tahun ini telah dilakarkan. Pelbagai kegiatan telah diketenggahkan seperti kegiatan Memanah (Archery), Bowling, Wisata ke Bawean, Konsert Malam Budaya Bawean. Sejauh ini, kegiatan Acara Memanah 2012 telah pun selesai diadakan. Manakala yang lain sedang giat disiapkan.

Kami di PBS berharap perancangan aktiviti-activiti yang kami usahakan akan mendapat sokongan ramai dan berhasil serta berjalan dengan baik. Insya'Allah.

Jumaat, 11 Mei 2012

Wisata Ke Pulau Bawean 2012

Assalamualaikum kepada para pembaca di ruangan ini. Sudah kah anda ke Pulau Bawean? Kami di Persatuan Bawean Singapura (PBS) dengan kerjasama Smailing Tours dan Orange Travels akan mengadakan Wisata ke Pulau Bawean pada tarikh-tarikh berikut:

Smailing Tours
3hb Jun 2012, hari Sabtu hingga 8hb Jun 2012, Jumaat
(6 hari 5 malam)
Harga Penyertaan: S$840 seorang

(Sila petik di atas untuk butir-butir lanjut)


Orange Travels
15hb Jun 2012, hari Jumaat hingga 21hb Jun 2012, Khamis
(7 hari 6 malam)
Harga Peryertaan: S$899 seorang

(Sila petik di atas untuk butir-butir lanjut)

Sila rujuk pada 'itinerary' yang disertakan. Tempat terhad. Tarikh Tutup 14hb May 2012. Yang dahulu didahulukan. Kepada yang berminat untuk bersama-sama kami berwisata ke Pulau Bawean, sila email kepada Haji Asmawi atau menghubungi beliau di talian 97845011. Sekian, Terima Kasih.