Isnin, 16 Julai 2012

Balik Kampung: Pulau Bawean 2012

Alhamdulillah, wisata ke Pulau Bawean bersama Persatuan Bawean Singapura (PBS) pada tahun ini telah dilaksanakan seperti yang telah diaturkan. Berikut adalah foto rombongan yang telah dipetik semasa berada di Pulau Bawean.

Foto sumbangan AJK Hadari Asat 

Foto sumbangan AJK Haji Asmawi Majid

Ahad, 15 Julai 2012

Forum Kesihatan Mental

Alhamdulillah, Forum Kesihatan Mental anjuran Persatuan Bawean Singapura (PBS) bersama Jawatankuasa Kegiatan Melayu Tampines East yang diadakan pada hari Sabtu, 7hb Julai 2012 di Tampines East Community Club telah berjalan dengan lancar. Berikut adalah di antara foto-foto yang dipetik pada hari tersebut.



Sabtu, 14 Julai 2012

Jom Shopping Raya

Satu lagi kegiatan anjuran Persatuan Bawean Singapura (PBS).....

Khamis, 12 Julai 2012

E-Flyer 13 Julai 2012 -"Perjumpaan: Riwayat Hidup Kampung Gelam-Rochor-Kallang"


Baru-baru ini, ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Bawean Singapura (PBS) telah menerima berita berkenaan satu perjumpaan yang akan berlangsung di Auditorium Masjid Sultan pada hari esok, Jumaat, 13hb Julai 2012, jam 8.00 malam hingga 10.00 malam.
 
Pertemuan ini diadakan oleh Dr Imran Tajudeen dan Saudara Daeng Farhan serta beberapa anggota masyarakat yang perihatin tentang warisan masyarakat Melayu Nusantara. Ianya merupakan usaha awal untuk mengumpulkan warisan sejarah masyarakat Melayu Nusantara yang pernah memainkan peranan sosial dan ekonomi di persekitaran kawasan Kampung Gelam.
 
Dr Imran Tajudeen pernah bertemu dengan Encik Haji Morni, salah seorang dari ahli jawatankuasa PBS, pada 31hb Mei 2012. Mereka berkongsi maklumat berkenaan Masyarakat Bawean secara umum dan juga berkenaan Masjid Bawean di Weld Road.
 
Menurut Encik Haji Morni, masyarakat Bawean, seperti juga masyarakat Banjar, Bugis, Jawa dan Minangkabau pernah bermastautin di persekitaran Kampung Gelam.  Beliau juga menerangkan bahawa di dalam buku Allahyarham Haji Ridzwan Dzafir, -From Pondok Boy to Singapore's "Mr ASEAN",  Allahyarham ada menyebut Pondok Sungei Topo yang terletak di Jalan Klapa. Menurut beliau lagi, Allahyarham ada juga menyebut Pondok Sangkapura dan Pondok Daun yang terletak di kawasan Kampung Gelam.
 
Encik Haji Morni juga menerangkan bahawa selain dari pondok-pondok tersebut ada beberapa buah pondok lain yang terdapat di kawasan Minto Road dan Tekka. Menurut beliau masyarakat Bawean turut memainkan peranan menyemarakan dakwah Islam dengan membangunkan Masjid Bawean di Weld Road.
 
Kepada masyarakat Bawean Singapura yang memiliki maklumat berkaitan warisan yang disebut di atas, di harap anda dapat turut serta dalam pertemuan ini dan berkongsi maklumat dalam usaha mengumpul sejarah warisan masyarakat Melayu Nusantara. Sekian, terima kasih.
Ringkasan Sejarah Gelam-Rochor-Kallang

PERJUMPAAN 13 Julai 2012 – Kampung Gelam-Rochor-Kallang

Selasa, 3 Julai 2012

Sambutan "PBS Fun Bowling Tournament 2012"

Alhamdulillah, acara bowling anjuran Persatuan Bawean Singapura (PBS) yang diadakan pada hari Ahad, 1hb Julai 2012 telah mendapat sambutan yang meriah dan berjalan dengan baik. Foto-foto berikut adalah di antara gambar-gambar yang telah dipetik pada hari tersebut.
Para AJK PBS yang bertugas pada hari acara bowling
(Sumbangan foto - AJK PBS Puan Nurul Sa'adah)
Juara Kategori Lelaki - Encik Jumaat
(Sumbangan foto - AJK PBS Tuan Haji Asmawi)
Juara Kategori Wanita - Puan Siti Salha
(Sumbangan foto - AJK PBS Tuan Haji Asmawi)
Juara Kategori Junior - Adik Irfan
(Sumbangan foto - AJK PBS Tuan Haji Asmawi)
Para perserta "PBS Fun Bowling Tournament 2012"
(Sumbangan foto - AJK PBS Puan Nurul Sa'adah)

Isnin, 2 Julai 2012

Lawatan Silaturrahim Persatuan Bawean Kinta

Pada hari Sabtu, 30hb Jun 2012, kehadiran Persatuan Bawean Kinta di kota Singa ini telah disambut baik oleh President Persatuan Bawean Singapura (PBS) dan ahli-ahli jawatankuasa PBS. Rombongan seramai dua puloh orang dari Perak ini telah dijamu di Rumah Makan Minang dan saling berkenalan mesra dengan ahli-ahli jawatankuasa PBS. Mereka juga telah dibawa melawat ketempat-tempat perlancongan di Singapura.

Lawatan Silaturrahim 2012 Persatuan Bawean Kinta - Rumah Makan Minang
(Sumbangan Foto - AJK PBS Puan Rusmah Lamri)

Lawatan Silaturrahim 2012 Persatuan Bawean Kinta - Masjid Sultan
(Sumbangan Foto - AJK PBS Puan Rusmah Lamri)

Lawatan Silaturrahim 2012 Persatuan Bawean Kinta - Singapore Water Front
(Sumbangan Foto - AJK PBS Puan Rusmah Lamri)