Sabtu, 26 Februari 2011

Wakil PBS ke Molod Bawean International

Sekali lagi PBS telah diundang oleh KTB (Kerukunan Toghellen Bawean) untuk menghadiri majlis Perayaan Molod Warga Bawean Berentang Kota Negara Benua pada tahun ini yang akan bermula pada 4hb March dan berakhir pada 6hb March.  Pertama kali Molod Bawean International ini diadakan ialah pada tahun 2010 di mana PBS menghantar Tuan Hj Pagi Mansoor sebagai wakil
Imbasan Molod Bawean International 2010





Pada tahun ini wakil PBS ke Molod Bawean International adalah Tuan Hj Abdul Razak, anak Singapura keturunan Bawean dari Desa Kelompang Gubuk. Beliau akan berangkat pada awal bulan March ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.  Presiden dan semua AJK PBS mengucapkan selamat berangkat kepada Tuan Hj. Abdul Razak dan mendoakan semuga dilindungi Allah s.w.t. serta dilicinkan segala urusan sepanjang perjalanan ke Pulau Bawean hingga kembali ke Singapura.

Tuan Hj Abdul Razak sedang meyambut tetamu semasa Salam Muhibbah 2010

Jumaat, 11 Februari 2011

Moleh Ka Bawean 2008

Mengimbas kembali Wisata Surabaya dan Bawean anjuran PBS pada tahun 2008 melalui foto-foto.


Ketibaan rombongan PBS di Sangkapora disambut dengan persembahan Kerecengan.

Rombongan PBS di desa Gunung Teguh.

Di desa Gunung Teguh rombongan PBS disambut dengan persembahan Dhungka iaitu musik yang dihasilkan dari tumbukan padi. 

Kumpulan Hadrah di desa Gunung Teguh.

Mengayam adalah di antara kraft tangan penduduk-penduduk di desa Gunung Teguh.

Tikar Bawean adalah satu daripada pelbagai hasil kraft tangan penduduk-penduduk di Gunung Teguh.

Masjid Muhammad Cheng Hoo di Surabaya

Hj Kamis bersama Imam Masjid Muhammad Cheng Hoo

Peta Pulau Bawean


Khamis, 10 Februari 2011

Yuk! Mari Kita Melawat Pulau Bawean.


Wisata 7 Hari Surabaya dan Bawean
Anjuran
Persatuan Bawean Singapura
dengan kerjasama
Smailing Tours & Travel (S) Pte Ltd 


Persatuan Bawean Singapura akan menganjurkan lawatan ke Surabaya dan Pulau Bawean pada musim cuti sekolah ini. Wisata ini akan dikendalikan oleh Smailing Tours & Travel (S) Pte Ltd.  Ia akan  bermula pada hari Ahad, 5th Jun 2011 dan berakhir pada hari Sabtu, 11hb Jun 2011.  Tempat-tempat yang akan dilawati semasa di Surabaya ialah Wali 5; Sunan Maulana Malik, Sunan Giri (Gresik), Sunan Drajat (Lamongan), Sunan Bonang (Tuban), Sunan Ampel  dan  juga ke pusat membeli-belah di Jembatan Merah Plaza.  Sementara di Pulau Bawean, tempat-tempat yang akan diziarahi termasuklah makam Umar Masud (pembawa Islam ke Bawean), Waliyah Zaenab (isteri Sunan Giri), Air Panas, Pantai Bayangkara, Pantai Ria, Pantai Jerak Lanjeng, Telaga Kastoba dan Pasir Putih. Sila petik gambar di bawah untuk butir-butir lanjut berkenaan lawatan ini.


Harga pakej untuk dewasa (perseorangan) ialah SGD870 (dua orang sebilik) dan SGD730 (tanpa penginapan di Bawean). Harga untuk kanak-kanak (perseorangan berusia di antara 2-11 tahun) ialah SGD770 (dengan katil) dan SGD 660 (tanpa penginapan di Bawean). Kepada yang berminat sila hubungi Persatuan Bawean Singapura. Alamat 218D Changi Road, #02-01/04, PKMS Building, Singapura 419737. Tel: 63445738.

Khamis, 3 Februari 2011

Panggilan Pulau Bawean


Semenjak berusia enam tahun saya telah bercita-cita untuk menziarahi Pulau Bawean, tanah kelahiran datuk moyang saya.  Kedua-dua orang tua saya berketurunan Bawean dari Desa Kelompang Gubuk. Dari zaman kanak-kanak lagi, saya telah mendengar cerita-cerita tentang pulau yang penuh dengan mistik ini dari mereka yang bergelar ''Orang-orang Pondok'' termasuklah arwah datuk dan nenek saya.  (Orang-orang pondok adalah mereka yang tinggal atau pernah tinggal di pondok-pondok Bawean Singapura.) 


Arwah datuk dan nenek saya sering bercerita tentang keindahan Pulau Bawean.... Danau Kastoba, rusa Axil Kuhlii, pantai yang cantik, perairan yang jernih, desa yang permai dan pulau yang penuh dengan kehijauan.  Setiap kali mereka bercerita, dari seraut air muka dan nada suara jelas menunjukkan kerinduan mereka terhadap kampung halaman yang ditinggalkan sekian lama.  Dan di akhir setiap sesei bercerita, saya pula telah berjanji untuk pulang ke Pulau Bawean dan membawa mereka bersama. Arwah datuk dan nenek hanya tersenyum lebar apabila mendengar janji-janji saya itu.


Alhamdulillah, pada tahun 2010 cita-cita saya telah tercapai.  Saya telah pulang ke Pulau Bawean selama lima hari semasa cuti sekolah pertengahan tahun.  Sejurus sahaja kaki saya memijak bumi Bawean, saya merasa sangat puas kerana dapat menunaikan janji yang saya kota semasa kanak-kanak dahulu.  Tambahan pula ibu yang disayangi ada berdiri di sebelah saya dengan senyuman yang lebar. 


Ibu saya telah menggantikan tempat arwah datuk dan nenek yang telah lama meninggal dunia. Jelas terlukis kegembiraan yang tidak terhingga di seraut muka ibu apabila dia menemui pak cik bongsu kesayangannya.  Dia juga sempat menziarahi pusara arwah datuk dan neneknya yang tidak pernah ditemui dan dikenali.


Melihat akan keindahan dan ketenangan suasana di Pulau Bawean, saya terkenang akan arwah datuk dan nenek yang selalu ceria apabila bercerita tentang pulau ini. Pemandangan-pemandangan di pulau kesayangan saya ini serupa dengan apa yang saya gambarkan sewaktu kanak-kanak dahulu.  Seumur hidup saya melancong ke luar negeri, selain dari kota Makkah dan Madinah, tidak pernah saya merasakan ketenangan seperti yang saya rasakan di pulau santri ini. Saya berharap dapat pulang lagi ke Pulau Bawean di masa-masa hadapan. Insya'Allah.


(Sumbangan Endah.Jr dari Endahvision.blogspot.com)

Rabu, 2 Februari 2011

Molod di Pulau Bawean

video sumbangan PulauBawean.com

AJK PBS telah menerima berita bahawa ''PERAYAAN MOLOD WARGA BAWEAN BERENTANG KOTA NEGARA BENUA JILID 2'' sempena kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. akan di adakan pada bulan March 2011.  Perayaan ini akan berlangsung selama tiga hari dari 4hb March hingga 6hb March. 

Kepada mereka yang berminat melawat Pulau Bawean dan ingin berada di sana semasa perayaan ini atau berhajat menziarah keluarga masing-masing di Pulau Bawean, boleh menghubungi Smailing Tours & Travel (S) Pte Ltd yang sering mengendalikan lawatan-lawatan wisata ke Pulau Bawean.  

Smailing Tours & Travel (S) Pte Ltd
Alamat:  20 Joo Chiat Road, #02-09/10.  Singapura 427357
Tel:  65 (67449788)  Fax:  65 (67433280)
Email:  tours@smailing.com.sg
Website:  http://www.smailing.com.sg/
(Waktu pejabat Isnin-Jumaat jam 9 pagi hingga 6 petang dan Sabtu jam 9 pagi hingga 2 petang)

Selasa, 1 Februari 2011

Pembukaan Gelanggang Kedua Perguruan Pencak Sendeng Singapura


AJK PBS mengucapkan taniah kepada Perguruan Pencak Sendeng Singapura di atas kejayaan membuka gelanggang keduanya di Block 915, Nanyang Zone 1, Jurong West St 91 pada 29hb Januari 2011 jam 8.00 malam.  Sebahagian besar daripada AJK PBS telah menghadiri majlis perasmian pembukaan gelanggang ini.

Di dalam e-mailnya kepada AJK PBS, Encik Hj Bakri Salmat, Guru Utama Perguruan Pencak Sendeng telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK PBS di atas sambutan dan sokongan yang telah diberikan pada malam itu, khususnya kepada Encik Hj. Seain,  Encik Hj. Morni, Encik Hj Asmawi, Encik Hj Razak, Encik Hj Salleh, Encik Hj Dollah, Encik Razali dan Encik Shukri serta isteri masing-masing dan anak-anak mereka.

AJK PBS doakan semuga Perguruan Pencak Sendeng Singapura akan lebih terkenal di masa hadapan di kalangan pencinta-pencinta seni silat tanahair.