Assalamu'alaikum untuk semua para pembaca di halaman blog ini terutama sekali ahli-ahli Persatuan Bawean Singapura. Semuga anda semua berada di dalam keadaan sihat wal'afiat dan ceria selalu. Terlebih dahulu kami, ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Bawean Singapura mengucapkan selamat tahun 2012.
Alhamdullillah dengan segala sokongan yang diberikan kepada persatuan kami ini, kita dapat bertemu kembali di tahun ini. Tahun 2011 telah dilalui dengan penuh cabaran terutama kali semasa mengendali Majlis Penyampaian Anugerah Persatuan Bawean Singapura 2011. Buat pertama kali, seni budaya dari pulau Bawean dan Batam diperkenalkan di Singapura. Kumpulan seni dari kedua-dua pulau ini telah dijemput untuk menjayakan majlis yang sangat bermakna ini. Mereka telah membuat persembahan yang begitu menarik dan unik sekali. Majlis telah berjalan dengan lancar penuh meriah.
Seperti tahun-tahun yang lalu, kegiatan-kegiatan berunsur kekeluargaan, kebajikan dan kemasyarakatan seperti Fun Bowling, Majlis Iftar, Hari Kesihatan telah dikendalikan dengan jayanya. Kegiatan-kegiatan yang selaras dengan visi dan misi Persatuan Bawean Singapura ini telah disambut baik oleh ahli-ahli Persatuan Bawean Singapura dan juga masyarakat umum di Singapura. Kunjungan ke Pulau Bawean dan Batam juga telah dilakukan bagi melestarikan budaya Silaturrahim. Undangan sesi bertemu-ramah dari Kedutaan Indonesia telah juga kami sambut dengan besar hati.
Kami berharap tahun 2012 akan memberi ruang-ruang yang lebih luas untuk kami menerajui persatuan ini dengan baik. Seperti tahun-tahun yang lalu, besar hati kami untuk memperbaiki mutu pentadbiran persatuaan ini dan menjadikan kesilapan-kesilapan silam sebagai suatu pelajaran bagi meningkatkan perkembangan Persatuan Bawean Singapura mengikut peredaran masa. Kami juga berharap kegiatan-kegiatan anjuran persatuan kami ini dapat dimanfa'ati di dalam pelbagai urusan kehidupan masing-masing. Semuga usaha iklas kami dapat sokongan yang lebeh besar dari mana-mana pihak.
Akhirkata kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi melungsur ke halaman kami dan memberi sokongan kepada persatuan ini. Kami juga mohon ma'af jikalau ada kesilapan yang tidak disengajai atau sebarang kecacatan yang ada di pertubuhan kami ini. Begitu juga, jika ada tidak kesempurnaan pada kegiatan-kegiatan anjuran kami dan tidak kepuasan pada penampilan kami, kami mohon ribuan ma'af. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan