Alhamdulillah, Hari Kesihatan 2011 di Kelab Masyarakat Hong Kah North pada 17hb Julai, anjuran Persatuan Bawean Singapura (PBS) bersama Persekutuan Jawa Al-Masakin dan Hong Kah North MAEC telah mendapat sambutan yang baik.
Hari Kesihatan ini bermula pada jam 9.00 pagi tetapi ramai yang telah datang awal. Pada pukul 8.00 pagi ramai orang dari berbilang kaum telah beratur untuk membuat pendaftaran pemeriksaan kesihatan. Kira-kira seramai 180 orang yang telah menyertai pelbagai jenis pemeriksaan kesihatan. Ini belum termasuk mereka yang datang mendengar ceramah kesihatan, mengikuti senaman jasmani (silat robik) dan menonton acara membuat Roti Bawean.
Di antara mereka yang mendaftar untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, warga dari bangsa Tionghua yang paling ramai sekali. Dengan bayaran hanya dua dollar Singapura, para pendaftar pemeriksaan kesihatan ini dapat menjalani ujian tekanan darah, paras gula dalam darah, kolesterol, BMI dan rangka badan serta otot.
Manakala dengan bayaran hanya lima belas dollar Singapura, khususnya mereka yang berumur lima puloh tahun ke atas dapat memperolehi ujian najis bagi pencegahan penyakit colerectal cancer. Bagi mereka yang merokok pula terdapat ujian isi kandungan racun dalam pernafasan.
Manakala dengan bayaran hanya lima belas dollar Singapura, khususnya mereka yang berumur lima puloh tahun ke atas dapat memperolehi ujian najis bagi pencegahan penyakit colerectal cancer. Bagi mereka yang merokok pula terdapat ujian isi kandungan racun dalam pernafasan.
Kepada mereka yang tidak dapat hadir pada tahun ini jangan lupa membuat kesempatan untuk menghadiri Hari Kesihatan anjuran kami pada tahun hadapan. Luangkan masa anda untuk menilai kesihatan diri kerana ia penting untuk menjaga tubuh badan yang sihat.
Kami dari pihak pengajur mengucapkan terima kasih kepada semua para hadirin terutama sekali kepada para sukarelawan yang terlibat bagi menjayakan Hari Kesihatan 2011 ini. Hingga bertemu lagi pada tahun hadapan. Insya'Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan