Pada 25hb June 2011, rombongan seramai 22 orang dari Persatuan Bawean Singapura (PBS) telah berkunjung ke Pulau Batam untuk menemui 'toghellen-toghellen' yang telah lama bermastautin di sana. Amalan Silaturrahim ini adalah dari ajaran Islam yang mendidik manusia menjalin hubungan baik sesama sendiri bagi penghidupan yang aman dan bermakna di dunia ini.
Selain dari menjalinkan ikatan silaturrahim ini, tujuan rombongan PBS ini ke sana adalah untuk bertemu pihak dari Ikatan Keluarga Bawean Batam (IKBB). Kebetulan pada hari itu Bapak Baharuddin dari Kerukunan Toghellen Bawean (KTB) dari Pulau Bawean sedang berada di Batam menghadiri majlis pernikahan anak saudaranya.
Tujuan utama PBS bertemu dengan pihak IKBB adalah untuk membentuk satu kumpulan budaya Bawean dibawah kelolaan IKBB dan diberi sokongan kewangan oleh PBS. Pertemuaan ini juga bertujuan untuk menilai mutu persembahan dari kumpulan budaya yang ada sekarang. Perbincangan bermula selepas masuknya waktu sholat Isyak dan berakhir pada kira-kira jam 12.00 tengah malam.
Dipenghujung perbincangan, PBS telah mengundang rombongan seramai 30 orang pegawai serta penghibur dari IKBB dan KTB untuk membuat persembahan di majlis penyampaian Anugerah Bawean Teladan kelolaan PBS yang akan diadakan di Furama Hotel pada 17hb September 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan