Pada hari Selasa, 21hb June 2011, Tuan Haji Faizal Wahyuni, Presiden Persatuan Bawean Singapura (PBS) serta lima orang ahli anggota persatuan ini dengan besar hati telah menghadiri undangan dari Kedutaan Indonesia di Singapura.
Tujuan undangan ini adalah untuk membantu sekumpulan pegawai-pegawai dari Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia membuat kajian mengenai masyarakat Bawean Singapura. Mereka berminat untuk mengetahui sejarah orang-orang Bawean menjadi warga Singapura.
Tuan Haji Morni, Tuan Haji Seain dan Tuan Haji Faizal |
Antara soalan-soalan yang ditujukan oleh pegawai-pegawai tersebut kepada ahli-ahli PBS yang hadir pada petang itu ialah bagaimana masyarakat Bawean berhijrah ke Singapura. Jawapan yang tepat telah diberikan oleh Tuan Hj Pagi dan Tuan Hj Seain melalui pengalaman hidup mereka berhijrah ke Singapura pada tahun-tahun jajahan British sebelum dan sesudah perang dunia kedua.
Rombongan dari kementerian Indonesia ini serta pegawai-pegawai dari Kedutaan Indonesia yang hadir pada sesi itu, sangat kagum mendengar keterangan-keterangan yang diberikan oleh Tuan Haji Faizal dan ahli-ahli anggota PBS, terutama sekali mengenai angka penduduk Singapura yang berketurunan Bawean.
Pegawai-pegawai tersebut juga tertarik dengan keterangan-keterangan yang diberikan mengenai budaya orang-orang Bawean yang suka menolong sesama sendiri didalam segala pekara. Mereka sangat berminat mendengar keterangan mengenai "Institusi Pondok" yang memberi gambaran tepat akan wujudnya kebudayan ini serta menunjukkan bahawa orang-orang Bawean tidak miskin ilmu terutama sekali dalam hal-hal ugama dan tidak cetek pengalaman serta bijak dalam membuat sesuatu keputusan.
Bekas Pondok Pakerpung, No 88, Desker Road |
Di penghujung sesi itu, Tuan Hj Pagi telah menjemput pegawai-pegawai dari Kementerian Kebudayan dan Pelancongan Indonesia itu ke rumah beliau pada esok hari. Undangan ini disambut baik oleh mereka. Di rumah Tuan Hj Pagi mereka telah mendapat lebih banyak bahan-bahan rujukan yang diperlukan mengenai masyarakat Bawean Singapura.
Bekas pondok-pondok Di-ponggo di kawasan Kampong Kapor |
Setelah selesai berbicara mengenai orang-orang Bawean, mereka dibawa melawat ke tapak bekas Kampung Bawean di kawasan Kampong Kapor. Di sinilah mereka mendapat gambaran yang lebih tepat mengenai penghidupan masyarakat Bawean yang tinggal di pondok-pondok Bawean pada tahun-tahun jajahan British hinggalah pada tahun 1997 di mana kehidupan pondok di Kampong Kapor berakhir setelah URA mengambil alih kawasan ini pada tahun itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan