Pada hari ini, 1hb Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H, umat Islam di Singapura mula berpuasa. Alhamdulillah, kita diberi kesempatan bertemu Ramadhan sekali lagi. Kehadiranya sangat-sangat dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Di bulan yang mulia penuh berkah ini, para muslimin yang beriman mengabdikan diri, masing-masing mengejar masa beribadah untuk merebut pahala yang berganda-ganda.
Di dalam bulan Ramadhan inilah terdapatnya satu malam yang teristimewa, malam Lailat-ul-Qadr, malam yang penuh dengan rahmat Allah Yang Maha Kaya. Malam Lailat-ul-Qadr adalah satu malam khas, kurniaan Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang kepada umat Nabi Muhammad s.a.w., rasul junjungan kami, nabi akhir zaman. Pada malam Lailat-ul-Qadr segala ibadah yang dilakukan sama ganjarannya seperti beribadah seribu bulan.
Semuga di bulan Ramadhan ini kita berada didalam kesihatan, ditingkatkan kesabaran dan diberikan kekuatan untuk beribadah serta beramal sebanyak dan sebaik mungkin, mengumpul pahala untuk bekalan dan persediaan bagi penghidupan yang kekal abadi di sisi Allah Yang Maha Agung. Semuga Allah Yang Maha Esa mengurniakan kita semua, malam Lailat-ul-Qadr, mengampunkan segala dosa-dosa kita dan menempatkan roh-roh kita di syurga kelak. Aameen.
Kepada semua para pembaca Muslim di halaman ini, kami di Persatuan Bawean Singapura (PBS) mohon maaf atas kesalahan dan kesilapan yang tidak disedari. Kami mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan melaksanakan ibadah puasa.
Kepada semua para pembaca Muslim di halaman ini, kami di Persatuan Bawean Singapura (PBS) mohon maaf atas kesalahan dan kesilapan yang tidak disedari. Kami mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan melaksanakan ibadah puasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan