Assalamu'alaikum untuk semua para pembaca di ruangan kami ini. Semuga anda sekelian berada di dalam keadaan sihat sentiasa. Terlebih dahulu kami, ahli-ahli jawatankuasa PBS, mengucapkan selamat menyambut tahun 2011. Alhamdullillah dengan segala sokongan yang diberikan kepada PBS, kami di ruangan ini dapat mengimbas kembali kegiatan-kegiatan yang dilalui sepanjang tahun 2010.
|
Persembahan Pokolan Bawean oleh Hj Basri di Perjumpaan Facebook PBS 2010 |
Tahun 2010 telah banyak memberi peluang kepada ahli-ahli jawatankuasa PBS yang baru untuk menerajui persatuan ini melalui jawatan-jawatan masing-masing. Pelbagai kegiatan berunsur kekeluargaan dan keharmonian hidup berbilang bangsa yang dianjurkan oleh mereka. Kegiatan-kegiatan serperti Perjumpaan Facebook PBS, Fun Bowling, Majlis Iftar, Salam Muhibbah dan Karnival begitu sesuai dengan penghidupan kemasyarakatan warga Singapura hari ini.
|
Makan Malam Hari Kebangsaan Singapura 2010 |
Ungkapan lalu sepanjang tahun 2010 melalui foto-foto memamparkan keharmonian masyarakat keturunan Bawean menjalani penghidupan di negara yang berbilang bangsa dan agama ini. Jelas ternyata mereka dapat sesuaikan diri mengikut arusan masa yang sangat mencabar dan hidup bersatu padu bersama bangsa-bangsa lain sebagai raka'at Singapura yang setia di sebuah negara kosmopolitan.
|
Fun Bowling 2010 |
Seperti tahun-tahun yang lalu, pada tahun 2010 PBS telah banyak menampilkan budaya masyarakat Bawean melalui kegiatan-kegiatan yang dianjurkan. Objektif utama ialah untuk mengingatkan anak-anak Singapura keturunan Bawean akan tanggung-jawap mereka untuk tidak lupa akan akar-umbi keturunan masing-masing. Ini selaras dengan misi kerajaan untuk memupuk kesedaran kepada warga-warga muda hari ini akan pentingnya pengorbanan warga-warga silam yang telah membina dan menjadikan negeri ini tanah-air anak-anak mereka. Sokongan yang diberikan terhadap PBS oleh sebahagian besar anak-anak Singapura keturuan Bawean jelas menunjukkan keperihatinan mereka terhadap budaya bangsa mereka sendiri. Ini jelas membuktikan bahawa mereka sentiasa ingat akan asal-usul nenek moyang mereka. Ia juga menunjukkan mereka bangga menjadi anak-anak keturunan Bawean kelahiran Singapura.
|
Majlis Iftar 2010 |
Harapan kami di PBS, tahun 2011 akan memberi ruang-ruang yang lebeh luas untuk kami menerajui persatuan ini dengan lebeh sempurna. Besar hati kami untuk memperbaiki mutu pentadbiran persatuaan ini dengan menjadikan kesilapan-kesilapan silam sebagai suatu pelajaran bagi meningkatkan perkembangan PBS ke tahap yang lebih tinggi. Kami juga berharap kegiatan-kegiatan anjuran PBS dapat dimanfa'ati di dalam urusan kehidupan masing-masing dengan harapan untuk menjadi insan teladan dan rakyat Singapura yang unggul. Semuga usaha iklas kami dapat sokongan yang lebeh besar dari mana-mana pihak.
|
Salam Muhibbah 2010 |
Akhirkata kami di PBS mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi melungsur ke halaman kami dan memberi sokongan kepada persatuan ini. Kami juga mohon ma'af jikalau ada kesilapan yang tidak disengajai dan kecacatan yang ada di pertubuhan kami. Begitu juga, jika ada tidak kesempurnaan pada kegiatan-kegiatan anjuran kami dan tidak kepuasan pada penampilan kami. Kami hanyalah manusia biasa seperti anda semua yang tidak terkecuali daripada kesilapan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan